Sunday, July 9, 2017

DAPATKAN KAMBING DAN KIBAS KORBAN

RAYA HAJI atau Raya Korban sudah semakin dekat, mungkin anda hendak menjalani ibadah korban? Mungkinjuga  anda  ingin menjalani ibadah akikah dan  tercari-cari kambing untuk menjalankan ibadah itu.
 
Muzakir ternak Kambing & Kibas
Anda boleh berhubungan dengan Mohammad Muzakir Hj. Haron, 51, anak Imam terkenal  Machang Bubok serta menjadi Naib Kadi kawasan tersebut, Allahyarhan Tuan Hj. Haron Lebai Awang. Muzakir telah mengorak langkah  menternak kambing dan kibas  tujuh  tahun lalu di kampung kelahirannya.

Menurut Mohammad Muzakir beliau mula menternak secara kecil-kecilan yang bertujuan untuk mempelajari  sehingga beliau berjaya menternak sebanyak  50 ekor kambing/kibas dalam satu-satu masa dengan satu kandang.  Kini beliau mempunyai dua kandang dan boleh menempatkan lebih 100 ekor kambing/kibas  dalam satu-satu masa.
 
Kandang kambing/Kibas Muzakir
“Sambutan yang diterima daripada orang ramai amat mengalakkan.saya boleh menjual sekitar 10 ekor kambing/kibas dalam masa sebulan dan  saya akan mengisi kembali kambing/kibas yang telah dijual.”

Kibas Ternakan Muzakir
“Terdapat juga pengusaha kambing golek mendapat bekalan daripada saya. Saya bukan saja menjual kambing semata-mata malah saya akan menyempurnakan sembelihan, melapah dan memotong daging kambing itu jika diminta oleh pelanggan saya.” Ujarnya kepada PORTAL SPT.


Bagi mereka yang mencari kambing untuk korban dan akiqah malah  tauke-tauke kambing golek boleh menghubungi Mohammad Muzakir di talian 019-4001 005 untuk mendapat bekalan kambing dan kibas.


Video Pendek Blogger









No comments:

Post a Comment